Blog adalah satu istilah yang digunakan untuk laman web di mana catatan-catatan dibuat padanya adalah dalam bentuk seakan-akan jurnal mereka dan dipamerkan dalam satu susunan kronologi terbalik. Blog sebenarnya berasal dari perkataan web log. Blog juga bermaksud menambah kandungan pada sesuatu web log.


Blog memberikan kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk memberi komen untuk sesuatu tajuk tertentu, seperti makanan, politik, atau berita tempatan. Ia juga kadangkala dijadikan personal online diaries. Blog yang tipikal menggabungkan teks, gambar, hiperrangkai ke blog yang lain, laman web, dan media yang berkaitan. Pembaca blog juga boleh memberikan komen dan ini merupakan cirri yang paling penting dalam sesuatu blog. Kebanyakan blog adalah berbentuk teks, manakala terdapat juga blog yang mefokuskan kepada fotografi (photoblog), video(vlog), audio(podcasting) dan juga media sosial.


Sehingga November 2006, Technocrati telah mengesan sebanyak 60 juta blog telah digunakan.


JENIS-JENIS BLOG



Terdapat beberapa jenis blog. Blog-blog ini berbeza mengikut cara ianya ditulis dan disampaikan.


a) Jenis Media

Blog yang mefokuskan kepada video dinamakan vlog, manakala yang memberi lebih banyak capaian hiper rangkai dipanggil linklog. Blog yang mengandungi banyak gambar dipanggil photoblog manakala yang mempunyai lakaran portfolio dipanggil sketchblog.


b)
Jenis Alatan

Blog juga boleh dikategorikan mengikut peralatan yang digunakan untuk menghasilkannya. Blog yang dihasilkan untuk mobile device dipanggil moblog.


c) Genre


Sesetengah blog mengkhususkan subjek-subjek teretntu seperti blog politik, pelancongan, fesyen, perundangan (blawgs) dan sebagainya.


d) Status Penerbit


Sesebuah blog diwujudkan samada untuk kegunaan persendirian ataupun untuk tujuan perniagaan. Blog yang digunakan untuk mengembangkan lagi komunikasi dalam pemasaran dan perhubungan awam dinamakan corporate blogs.


e) Enjin Pencarian Blog


Kebanyakan enjin pencarian blog digunakan untuk mencari isi kandungan blog (juga dikenali sebagai blogosphere). Beerapa enjin pencarian blog adalah blogdigger, Technorati dan Feedster. Technorati menyediakan maklumat seperti blog yang paling popular dan tag yang digunakan untuk mengkategorikan blog yang dihantar.


POPULARITI BLOG



Mengikut para pengkaji blog, populariti sesuatu blog bergantung kepada 2 perkara iaitu populariti berdasarkan dari petikan yang diambil dan populariti melalui penggabungan (blogroll). Blog mengambil amsa untuk popular. Walau bagaimanapun, dengan adanya permalink (hiper rangkai yang membolehkan pembaca blog menandakan sebagai bookmark) ia dapat membantu memperkenalkan blog dan meningkatkan popularitinya.


BLOG DAN MEDIA MASSA



Kebanyakan bloggers mengkategorikan diri mereka mengikut media yang diamalkan manakala sebahagian lagi merupakan ahli-ahli daripada saluran yang berbeza. Ada kritikan yang mengatakan kebimbangan terhadap isu bloggers ini yang tidak mengendahkan hakcipta ataupun peranan media massa dalam mewakili masyarakat terhadap sesuatu isu hangat.


Kebanyakan wartawan-wartawan aliran utama ini cenderung untuk menulis blog mereka sendiri. Blog juga mempunyai pengaruh dalam masyarakat minoriti. Ini kerana dengan adanya blog, para penulis dan pelajar dari golongan ini dapat memberikan komen dan bertukar-tukar pendapat dengan lebih meluas lagi.







Leave a Reply.

1